
Kami Komited Untuk Bantu Selesaikan Masalah Ejen Anda
Sama-Sama Naik
Ejen2u ialah salah satu syarikat permulaan teknologi terkemuka yang fokus pada industri penjual semula (Reseller). Ditubuhkan pada 2019, dengan pencapaian luar biasa dalam kepakaran kami, kami telah berjaya membantu pengembangan perniagaan lebih daripada 500 PKS. Kami berusaha untuk menjadi satu-satunya platform di Malaysia dalam menyediakan ekosistem penjual semula yang lengkap untuk komuniti PKS dan komited untuk meningkatkan KDNK ekonomi tidak formal
Dengan tumpuan pada produk fizikal berasaskan pengguna seperti produk kecantikan, penjagaan kesihatan, F&B, fesyen, produk bayi dan banyak lagi; Ejen2u menyediakan penyelesaian komprehensif untuk founder produk untuk menyelaraskan operasi mereka dan memacu pertumbuhan yang pesat.
Dengan kekuatan lebih dari 50 orang pasukan, Ejen2u sentiasa akan menambah baik solusi yang di berikan kepada pelanggan kami. Pasukan yang berdedikasi ini akan memberikan sokongan 24jam berterusan kepada pelanggan dari segi teknikal dan juga sokongan bisnes.
Disebabkan itu juga Ejen2u mempunyai pelbagai solusi dibawah satu bumbung seperti EjenGO (Sistem pengurusan ejen paling komprehensif di pasaran), WeMAP (Women Empowerment Entrepreneurship Program), The Founders (Program Intensif 6 bulan Pengurusan dan Pembangunan Sistem Ejen) dan EjenVenture (Solusi idea bisnes). Semua ini untuk membantu seluruh ekosistem perniagaan ejenship anda
Kami sangat percaya, dengan sokongan berterusan kepada pelangan, kita akan sama-sama naik!

Pelabur







Pasukan
Pengurusan

Sheikh Ezaiddin
Chief Executive Officer

Imran Hadi
Chief Visionary Officer

Taufiq Zakir
Chief Operating Officer

Alfath Suliman
Chief Technology Officer

Awzair
Chief Financial Officer

Shafiq Ezhan
Creative Director

Saffian Mahmud
Chief Communication Officer
Sertai Pasukan Ejen2u
Kami sangat obses dalam memperjuangkan misi kami memberi solusi terbaik dalam dunia ‘ejenship’. Oleh itu kami sentiasa mencari bakat-bakat hebat untuk sertai pasukan Ejen2u. Adakah anda yang kami cari!
Media











